Cara merubah akhlaq buruk menjadi baik adalah upaya sesorang agar ingin berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Imam ghazali telah memebrikan tips tips ini kepada kita yaitu:
Pertama : Dia mesti sentiasa berdekatan dengan seorang guru yang mengetahui sunguh-sungguh tentang kekurangan, kecelakaan dan keburukan yang ada pada dirinya dan yang dapat melihat kecacatan yang tersembunyi dalam jiwanya. Guru ini dengan kebijaksanaannya akan menerangkan kekurangan itu kepadamya di mana selepas itu guru tersebut akan memberi petunjuk yang mesti diikuti secarabersungguh. Begitu juga dengan latihan yang berkaitan dengan pembaikian itu dikerjakan benar-benar maka barulah hasilnya akan berkesan.
Kedua : Dia mesti mencari seorang teman yang setia, jujur, mengetahui keadaan dirinya dan beragama untuk dijadikan pengawas yang sentiasa mengamti segala gerak- gerinya. Pengawas ini akan menegur apabila adanya sesuatu yang kurang baik berlaku. Apabila setiap teguran dipatuhi maka usahanya ke arah memperbaiki budi pekerti akan bertambah maju.
Ketiga : Seseorang dapat mempelajari kekurangan, kecelaan dan keburukan dirinya daripada musuhnya iaitu dengan mendengar kekurangan yang keluar daripada musuhnya yang membencinya kerana mata orang yang benci cepat melihat kecelaan yang ada. Manusia dapat banyak faedah daripada lidah musuhnya yang sedang marah dan sedang menghamburkan keburukan dirinya. Ia lebih baik daripada pujian seorang teman yang penipu dan suka menyembunyikan keburukan yang sebenarnya.
Keempat : Melalui pergaulan juga mampu memperbaiki budi pekerti seseorang. Bergaul dengan ramai orang banyak faedahnya di mana seseorang dapat melihat apa yang baik dan kurang baik melaluinya. Dia mengambil sifat yang baik untuk diguna dan yang tidak baik untuk dijauhkan atau menggantikannya dengan yang baik. Sebaiknya seseorang yang mahu memperbaiki budi pekertinya mestilah menghitung dirinya sendiri dengan membersihkannya daripada segala kecacatan .
by: aki2004.wordpress.com
Berbagi Itu Gampang bersama IES
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar